sains

Jadikan Pembelajaran Suatu Yang Menyeronokkan!!!

Sunday 2 June 2030

Salam Perkenalan Dan Selamat Datang Ke E-portfolio Saya !!!

         Assalamualaikum dan salam perkenalan.....Ingin saya memperkenalkan diri dalam ruangan ini bagi memulakan bicara saya dalam ruangan e-portfolio pertama kali saya didedahkan ini. Sesiapa yang ingin membina e-portfolio tersendiri bolehlah melawat ke blog pensyarah pembimbing saya di sini.

         Saya ialah seorang guru sains di sebuah sekolah rendah di Sarawak iaitu SK Kampung Nyalau di Daerah Bintulu. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pengajian Sains Sekolah Rendah) dari IPG Kampus Pulau Pinang dan baru tamat pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan (Pengajian Biologi) di Universiti Pendidikan Sultan Idris...

Diri ini...

Rakan-rakan sekerja
 
Pemandangan Sekolah

       Bagi saya guru sains seharusnya membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar terutamanya mempelajari subjek sains. Seseorang guru perlu bertindak kreatif dan berupaya menarik minat mereka dengan aktiviti -aktivit sains yang mampu membuatkan pelajar ingin tahu. Pelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan untuk menarik minat mereka ini seperti kaedah perselisihan idea (discrepant event) yang selalu saya amalkan di dalam kelas. Disini beberapa contoh aktiviti yang telah dilakukan saya di sekolah bagi menarik minat pelajar:

Membuat Ooblack

aktiviti " Valcano Eruption"

Membina dan melancarkan roket

Telur Osmosis
               Mengajar itu sudah sebati dengan diri ini dan menjadi darah daging kepada saya. Diharapkan dengan adanya blog berbentuk e-portfolio ini dapat membantu dan berkongsi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan sains yang dapat dipraktikkan di dalam kelas bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu menarik dan menyeronokkan.